Sabtu, 12 Januari 2013

SERUAN DARI LANGIT PART 2

Asalamualaikum kepada semua pembaca-pembaca blog saya. Di waktu ini jam menunjukkan waktu pukul 4.30 pagi bertarikh 1hb Ogas 2012 tergerak dihati saya ingin membuat suatu kenyataan, bahawasanya ada di antara artikel-artikel yang telah saya coretkan melalui kajian saya bermula dari tahun 2011 telah mendapat terlalu banyak komentar yang positif dan nagetif. Saya akui bahawa tujuan asal saya menulis blog ini hanyalah sebagai satu perkongsian ilmiah dan informasi dan bukanlah berasaskan apa-apa kepentingan atau sebab musabab yang lain. Solusi daripada komentar-kometar yang tidak putus-putus telah diresponkan oleh para pembaca membuat saya berfikir  untuk mengulas sesuatu yang mungkin lebih berbentuk satu perubahan yang positif. Saya amat berterima kasih kepada semua pembaca kerana telah memberi saya satu keyakinan bahawasanya suatu yang saya fikir dan saya rasa   bukanlah suatu pekara yang mutlak yang semestinya benar. Bertitik-tolak  dari situ saya tetap yakin bahawa apa sahaja yang kita lakukan perlulah bersumberkan dari Al Quran dan Al Hadis. Atas alasan itu saya banyak membuat rumusan ke atas semua penulisan saya berpandukan Al Quran dan Al Hadis, cuma saya mungkin kurang arif dalam pengetahuan ilmu Hadis lantas membuat suatu tafsiran yang meyimpang dari kebenaran tersebut. Firman Allah SWT “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al ‘Asr 103: 1-3) . Atas respon daripada pembaca yang selalu menasihati saya tentang kebenaran dan selalu menegur saya dengan penuh berhikmah maka saya berhasrat samada menutup terus atau membetulkan semula artikel-artikel saya yang telah menimbulkan  banyak kontroversi sehingga mengheret blog saya dikritik hebat oleh media massa seperti di akhbar KOSMO pada sekitar febuari 2012. 2 hari lagi genaplah setahun Artikel “15 Ramadhan : Seruan Dari Langit” yang telah saya terbitkan pada 3 Ogas 2011 kesinambungan dari artikel “2012 : Tarikh Kiamat atau Keramat” yang juga telah saya sendiri terbitkan pada 20 Januari 2011 hanyalah suatu bentuk pandangan dan bukanlah suatu kepastian. Cetusan kedua-dua artikel tersebut sebenarnya bermula dari penulisan asal saya dalam “Asal Usul Ad-Dajjal” , “Fitnah Ad-Dajjal” dan “Sirah Ad-Dajjal”  dan juga “Siapakah Al Mahdi”. Justeru itu saya sendiri ingin mengulas semula artikel-artikel tersebut akan kebenaranya melalui respon-respon dari para pembaca dan saya akan membuat rumusan semula atas produksi tersebut. Saya yakin bahawa apa yang disampaikan oleh para respondan adalah suatu yang ada kebenaranya dan positif untuk diterima. Saya ingin mengambil kesempatan di bulan yang penuh barakah ini untuk memohon kemaafan kepada semua muslimin dan muslimat atas kesilapan saya dalam menerbitkan artikel tersebut yang sedikit sebanyak memberi implikasi yang nagetif kepada pembaca. Terima kasih kepada semua respondan yang memberi nasihat dan teguran yang membina agar saya lebih berhati-hati dalam penulisan saya di masa akan datang, terutamanya dalam mengutarakan hadis sebagai dalil dan hujah untuk disampaikan. insya-allah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar